Program kerjasama antara dua stesen penyiaran negeri Pahang dan Negeri Sembilan memaparkan pengalaman beraya penyampai PahangFM bersama penyampai NegeriFM di Negeri Sembilan sambil bertukar-tukar adat budaya, suasana perayaan, juadah perayaan. Program yang diadakan pada 4 Mei 2017 ini juga diserikan lagi dengan keletah dan celoteh penyampai sambil menyanyi lagu-lagu raya untuk menghiburkan pendengar kedua-dua stesen secara berakam. Program ini disiarkan pada hari raya Aidilfitri ketiga jam 10.15 pagi sehingga 11.00 pagi di PahangFM.