Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Jabatan Penyiaran Negeri Pahang(RTM) tidak ketinggalan meraikan bulan yang penuh bermakna ini. Bertempat di Ruang Legar , Kompleks Penyiaran RTM Pahang telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka RTM Pahang pada 14 mei 2017 dan turut di hadiri oleh VVIP , Rakan Kerjasama Program dan Sahabat Pahangfm. Ia bertujuan bagi mendekatkan lagi Sahabat Pahangfm dengan kakitangan & penyampai Pahangfm