Program khas sempena Sambutan Hari Guru setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Program diadakan pada 16 May 2017 di Sekolah Menengah Tengku Afzan Kuantan adalah sekolah pertama yang dipilih oleh Radio Malaysia PAHANGfm untuk meraikan guru – guru di sekolah tersebut. Turut diadakan acara memasak antara guru dan pelajar,  pertandingan melukis & seloka pantun. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang artis jemputan diiringi kombo RTM Pahang sebagai acara kemuncak program yang dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan.