RTM Pahang terus komited dalam usaha mendekati pendengar dengan meneruskan Program Jelajah Ramadhan RTM 2017 yang di anjurkan buat kali ke 6. Bagi tahun 2017 ini, RTM Pahang dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Paya Besar , Adabi, Jekal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Penyiaran Negeri, Puan Nor Bai’ah Dato Baharuddin berkata, bagi edisi ini jelajah ramadhan menfokuskan pada program yang menyatukan penglibatan aktiviti setempat. Sementara itu, Ahli Parlimen  Paya Besar, Dato Seri Abdul Manan Ismail berkata, Program Amal yang di laksanakan RTM sejak 2012 itu perlu di teruskan di dekati rakyat. Program Jelajah amal tersebut dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bertempat di Padang Awam sri Mahkota Aman Kuantan dengan penglibatan penyampai-penyampai Pahangfm dan penduduk setempat. Selepas acara memasak bubur lambuk turut diadakan program ziarah dan penyerahan sumbangan melibatkan 5 buah rumah penduduk di kawasan Dun Lepar. Manakala 60 kanak-kanak asnaf dari kawasan Dun Lepar dipilih  untuk dirai membeli pakaian raya di Jakel  Kuantan,, sumbangan  daripada Pejabat Menteri Besar Pahang dan Pejabat Ahli Parlimen Paya Besar . Kesemua anak-anak asnaf terbabit  juga diraikan dalam acara berbuka puasa di Hotel Zenith Kuantan yang turut  di hadiri EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsudin (wakil rasmi Menteri Besar Pahang) & Pengarah Program Radio RTM, Dato’ Mustapa Kamal Abdul Razak.