Negaraku Sehati Sejiwa, terus diangkat sebagai platform menyemarakkan sambutan kemerdekaan. Di Dun Sungai Lembing dekat Kuantan, program anjuran Pejabat Parlimen Paya besar dengan kerjasama Pahangfm, telah menjadi wadah penyatuan penduduk. Menurut Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, tujuan program ini adalah sama dengan Program yang telah diadakan di DUN Pancing. Tujuannya adalah untuk  mengeratkan perpaduan antara masyarakat setempat, selain bermatlamat menyampaikan maklumat melalui RTM khususnya Pahangfm. Program dimulakan dengan ziarah kasih serta penyampaian sumbangan kepada 5 keluarga, selain pengisian aktiviti antaranya, senamrobik, pertandingan mewarna, sukaneka, gubahan bunga serta memasak, karaoke dan bola sepak beragam. Turut diadakan konsert artis tempatan. Dalam pada itu, Adun Sungai Lembing, Datuk Md.Sohaimi Mohamed Shah turut merasmikan penubuhan Kelab Pemilik Basikal Antik Negeri Pahang. Beliau turut menyertai kayuhan basikal klasik bersama 70 basikal yang dibawa oleh persatuan basikal klasik dari seluruh negara.